Sunday, June 2, 2013

Apa itu mesin terapi elektrostatik?

Gaya hidup sihat adalah gaya hidup yang mengutamakan amalan kesihatan dan pencegahan jangkitan penyakit. Dalam erti kata lain, mencegah lebih baik daripada merawat. Penggunaan mesin terapi elektrostatik secara konsisten dan pengamalan hidup secara sihat mampu meningkatkan taraf kesihatan yang berhubung dengan darah dan menyelaraskan sistem saraf dengan baik. Kaedah terapi ini sebenarnya lebih menjimatkan kos dari perubatan. Malah sesuai digunakan oleh semua peringkat umur termasuk kanak-kanak dibawah pengawasan ibubapa.


ARUS elektrik jika silap penggunaannya akan memberikan keburukan, bagaimanapun, kecanggihan teknologi memungkinkan segala-galanya.

Menerusi penggunaan terapi medan elektrostatik, arus elektrik bukan lagi ancaman, sebaliknya berfungsi sebagai penawar untuk membantu merawat sehingga menyembuhkan pelbagai penyakit, malah membantu mengekalkan bentuk badan.
Manfaat daripada teknologi itu kini dinikmati pelbagai lapisan masyarakat menerusi pengenalan mesin terapi medan elektrostatik. arus elektrik yang dikawal mesin berkenaan dialirkan ke tubuh mengikut kesesuaian penyakit atau masalah kesihatan individu dalam tempoh tertentu.




Mesin berkenaan mempunyai kepelbagaian fungsi yang mengguna pakai sepenuhnya arus elektrik untuk membantu merawat penyakit dan mengekalkan kesihatan pada tahap terbaik. Ada pelbagai jenama mesin terapi elektrostatik di pasaran sekarang antaranya mesin terapi Bios 9000(keluaran Alpha One),  Dr Jisim (keluaran Al Jabbar), Dr Health (keluaran Golden Wellness) Cosmic Pro Nature, Eman mengetengahkan fungsi untuk voltan tinggi, voltan negatif, voltan rendah, tenaga gelombang ringan dan pengionan negatif.
Apabila digunakan, ia membantu membersihkan darah dan saluran darah tersumbat, menyelaraskan sistem saraf tak terkawal dan meningkatkan daya ketahanan badan. Sebagai kesimpulan ia umpama membuang kotoran dari dalam badan. penggunaan voltan tinggi berfungsi dalam membantu merawat pelbagai penyakit, antaranya kencing manis, gout, batu karang, lemah sendi, darah tinggi, kolesterol tinggi, migrain dan strok.

Penggunaan fungsi voltan tinggi mempunyai tiga tahap iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Pemilihan tahap voltan bergantung kepada keadaan pesakit. Arus elektrik digunakan tidak menggegarkan, sebaliknya `menangkap' toksik dalam badan sebelum dikeluarkan menerusi proses pembuangan air besar atau kecil. Sesiapa yang tiada penyakit juga boleh menggunakannya.



Satu fungsi menarik pada mesin terapi elektrostatik adalah kemampuannya memecahkan lemak atau membakar lemak dalam badan, menerusi fungsi tenaga gelombang ringan cukup menarik kerana ia membantu dalam proses melangsing dan menguruskan badan.

No comments:

Post a Comment